SYUKUR,
Aku masih boleh bernafas harini, saat ini, ketika ini...
boleh melihat keindahan alam, ciptaan Yang Maha Esa....
masih boleh menambahkan pahala, sujud padaNya..
menulis, membaca dan menimba ilmu...
dan SYUKUR
aku masih disini.
BERSYUKUR,
aku kehadrat Ilahi, dengan segala limpah dan kurniaNya...
aku boleh terus berdiri...
walaupun kadang2 rebah kerana sikap dan tingkah laku ku sendiri...
jalan yang lurus terbentang namun, jalan berliku tetap menjadi pilihan...
dan BERSYUKUR
aku kepadaNya kerna dijadikan aku sebaik2 kejadian...
Sesungguhnya aku MENSYUKURI setiap apa yang dikurniakan buatku,
Kurang atau lebih pasti ade hikmah, sebab musababnya..
pasti kurang itu untuk mengelakkan aku alpa dan bongkak atau berpaling dari sujud padaMu,
dan pasti lebih itu untuk aku terus bersyukur dan mensyukuri segala2nya...
p/s: langit, bintang, bulan dan kegelapan malam kadang2 buat aku terfikir tentang kebesaranNya... INDAH cukup INDAH
1 comment:
syukur,bersyukur,mensyukuri
Post a Comment