Sunday, January 2, 2011

Jom Belajar Bersama Di UITM

sape nk tolong aku mengKEMASkan barang2 untk ke umah sewe??? xlarat la barg byak.. plus ati xmo g sgt ahahah (teruk perangaikn?)

esok, secare rasmi nye aku harus masuk blaja balik...huhuhu dlm hati xde sekelumit rase rajin mau blaja...aduyaiii (kalu lecture aku bace..free2 je kene kutok)

papepom JOMMMM reramai masuk blajar esok ari... yezza.. majulah belajar untk negare...

UITM!!! sy datang!!!


SELAMAT bertahun baru


:: HAPPY NEW YEAR!!! ::



laung kuat2 ala2 terlalu gumbira tahun baru menjelma (even xde pe yg berubah n xde azam lepas yg tercapai ) dush! dush! dush! buat diri sendiri..

nway.. xpe la, yg da berlalu tuh biar ia berlalu..boleh toleh untk jadikan iktibar tp jgn sekali2 berundur (cewwahhh rase amat educated skali ayat2 ku itu) ahahah... well, bese la.. masuk taun baru ayat2 pom kene baru n power kan3x...

da lame pon xjenguk blog.. bz la katekan... (yg pasti bukan bz belajar ) huhuhu pe nk jadi la... disebabkan kebz an yg melanda entah pape.. langsung xde gune pom... driku dengan tanpa segan silu nak le buat azam2 baru...ye la sume org ade azam baru kan.. masing2 cube 'try' untk capai.. cume kadang2 mmg xtercapai (ok, aku la tuh).. hihihi bukan sngaje xnk capai xtercapai je... nggeee

list2 azam baru (ala derr... azam lame xcapai2 nk uat azam baru plak...) ---> wehhh tolong la jgn ckp camni...jatuh la smagat... apo laa... at least ckp la " xpe ayu xpe...buat azam baru ke lame ke..asalakn kite tetap cube n yakin dgan diri " alaaaaaaa... kire cam kate2 nasihat bg diriku up sket la... hihihi :P

ok nk uat list nih :

1 - mau jadi insan bergune sbgai hamba dan manusia (b4 this pom bergune...cume nk lebeh bergune jer    ahahah)
2 - mau blaja lelajin (aduyai makin lame makin malas study huhuhu )
3 - mau kecikkn diri (bese nye abg akak diriku akan ckp.. "ehhh tu bkan azam standard 6 dulu ke?" FINE!!)

halamak byak lagi la... aduiii azam je byak buat nye x... kalu tulis lagi gamaknye sampai esok luse pommm xhabis2 lagi tooooooo many org puteh ckp.. so letak 3 la afdal sket hihihi..

pape pom :: SELAMAT TAHUN BARU :: buat semua... moga kite semua hidup di dlm keredhaanNya..

p/s : pade kawan2 yg da pom tukar status dr single ke double.. moga korang bhagia smpai akhir hayat... :)
mula kan tahun baru anda dgan penuh keceriaan dan kegumbiraan.. love yaa~~




Saturday, November 6, 2010

"sy memg syg awk"



ade org susah nak ungkapkan "sy syg awk"


actually xde la susah sgt..kalu kite da btol2 syg org tuh...
siap boley ckap 
" sy memang syg awk"
^_^


06112010a.m

Thursday, October 14, 2010

HUG ur HONEY ^_^


KHASIAT PELUK ISTERI (^^,)





       
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

p/s: ahahah ape lagi...yg da ade isteri tu peluk la selalu yerkk...yg xde jgn nk gatal...peluk ISTERI bukan MAKWE okkey!! :D


Friday, September 17, 2010

* 8G dan 8C * --> buat lelaki & wanita



8G SEBAB PEREMPUAN XSUKE LELAKI
1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabra
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) < /TT Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

8C SEBAB LELAKI XSUKE PEREMPUAN
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

P/S: haaaa ape lg... take note ye masing2 ^_^